Garis masa Gabungan parti politik yang menyokong Ganjar Pranowo

  • 21 April 2023: Megawati Sukarnoputri selaku Ketua Umum PDI-Perjuangan yang telah menang dalam pilihan raya sebelumnya; mengumumkan bahawa mereka akan mencalonkan kader bagi parti PDI-Perjuangan serta seorang Gabenor Jawa Tengah, yang bernama Ganjar Pranowo sebagai bakal calon presiden dalam pilihan raya umum presiden Indonesia 2024.[2][3]
  • 23 April 2023: Parti Hanura mengesahkan bahawa akan menyokong dengan keputusan PDI-P.[4]
  • 26 April 2023: Muhamad Mardiono selaku ketua umum parti PPP, telah mengumumkan bahawa PPP memberi sokongan terhadap Ganjar Pranowo, secara berasingan daripada Koalisi Indonesia Bersatu.[5][6]
  • 30 April 2023: PDI Perjuangan dan PPP menandatangani Kerjasama Parti Politik untuk menyokong Ganjar Pranowo.[7][8]
  • 9 Jun 2023: Pengerusi Parti Perindo iaitu Hary Tanoesoedibjo, dan Pengerusi PDI Perjuangan menandatangani kerjasama parti politik untuk mencalonkan Ganjar Pranowo sebagai presiden.[9]
  • 28 Ogos 2023: Pengerusi Partai Hanura iaitu Oesman Sapta Odang, dan Pengerusi PDI Perjuangan menandatangani kerjasama parti politik untuk mencalonkan Ganjar Pranowo sebagai presiden.[10]
  • 4 September 2023: Semua pengerusi parti yang telah menandatangani kerjasama aprti politik yang lau telah mengadakan muzakarah untuk menentukan anggota Tim Pemenang Nasional yang diketuai oleh Arsjad Rasjid, pengerusi Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN), dan Andika Perkasa, mantan Panglima Tentara Nasional Indonesia, yang bertindak sebagai wakil ketua bersama wakil dari anggota kerjasama parti.[11][12] Tim Pemenangan Nasional ini akan bertapak di tempat yang sama dengan TPN Jokowi-Ma'ruf pada tahun 2019 lalu, yakni di Gedung High End, dekat Kebon Sirih, Mentang, Jakarta Pusat.[13]
  • 5 Oktober 2023: Pengerusi TPN-GP, Arsjad Rasjid telah mengumumkan struktur Tim Pemenangan Nasional.[14][15]
  • 18 Oktober 2023: Pengerusi PDIP, Megawati Soekarnoputri, mengumumkan bahawa gabungan parti politik ini akan mencalonkan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang, dan Keselamatan Indonesia iaitu Mahfud MD, sebagai calon naib presiden yang akan berpasangan dengan Ganjar Pranowo dalam pilihan raya presiden 2024.[16][17]
  • 19 Oktober 2023: Ganjar Pranowo dan Mahfud MD mendaftarkan diri sebagai calon presiden dan calon naib presiden ke Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU).[18]

Rujukan

WikiPedia: Gabungan parti politik yang menyokong Ganjar Pranowo https://news.republika.co.id/berita/rtgpme436/pdip... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202304211726... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202306081927... https://www.cnnindonesia.com/nasional/202308281715... https://republika.co.id/share/rtgrdr436 https://republika.co.id/share/rti9si436 https://republika.co.id/share/s2pmdy377 https://www.detik.com/jateng/jogja/d-6690847/resmi... https://nasional.tempo.co/read/1718879/ppp-umumkan... https://nasional.tempo.co/read/1768404/ganjar-pran...